بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الانبيـاء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين (اما بعد)

SANAD KEPADA TUAN SYEKH MUHAMMAD BIN ABDUL KARIM
AL-SAMMAN AL-HASANIY AL-MADANIY

 Al-Hamdulillah kami panjatkan atas ni’mat yang besar ini. Berikut adalah sanad Tuan Syekh Muhammad bin AbdulKarim al-Samman al-Hasaniy al-Madani guru kami al-Ustadz Abdul Rasyid Fahmi bin alHajj Marzuki al-Fatiriy, yang didapat riwayat dan ijazahnya  dari guru beliau, yakni:

1)      Guru al-Hajj Munawwar Gozali al-Banjari al-Arsyadiy, dari
2)      Al-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki al-Hasaniy al-Syadziliy, dari
3)      Al-Habib Ali bin Husein al-‘Aththos (Habib Ali Bungur), dari
4)      Al-Syekh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Qudus al-Jawi, dari
5)      Al-Habib Husain al-Habsyi, dari
6)      Al-habib Idrus bin Umar al-Habsyi,  dari pamannya
7)      Al-Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi, dari
8)      Al-Sayyid Abdurrahman al-Ahdal, dari
9)      Al-Syekh Abdush-Shomad bin Abdurrahman al-Falimbaniy, dari
10)  Al-‘Arif billah al-Syekh Muhammad Samman al-Madani al-Hasaniy, dari
11)  Al-Syekh Mushtofa al-Bakri, dari
12)  Al-Syekh Abdullathif al-Halabiy, dari
13)  Al-Syekh Mushtofa Afindi, dari
14)  Al-Syekh Ali Afindi Qoroh Basy, dari
15)  Al-Syekh Ismail al-Jurrumiy, dari
16)  Al-Syekh Umar al-Fuadiy, dari
17)  Al-Syekh Muhyiddin al-Qosthomuniy, dari
18)  Al-Syekh Sya’ban al-Qosthomuniy, dari
19)  Al-Syekh Khairuddin al-Waqodiy, dari
20)  Al-Syekh Halabi Sulthon al-Afindiy, dari
21)  Al-Syekh Biir Muhammad al-Aznajaniy, dari
22)  Al-Syekh Yahya al-Syarwani, dari
23)  Al-Syekh Shodruddin, dari
24)  Al-Syekh ‘Izzuddin
25)  Al-Syekh Muhammad Bairom al-Kholwati
26)  Al-Syekh Umar al-Khalwati
27)  Al-Syekh Muhammad al-Khalwati
28)  Al-Syekh Ibrohim al-Kailaniy
29)  Al-Syekh Jamaluddin al-Ahwaziy
30)  Al-Syekh Syihabuddin al-Tibriziy
31)  Al-SyekhRuknuddin Muhammad al-Najasyi
32)  Al-Syekh Quthbuddin al-Abhariy
33)  Al-Syekh Abu al-Najiib al-Sahrowardiy
34)  Al-Syekh Umar al-Bakriy
35)  Wajih al-Din al-Qodhi
36)  Muhammad al-Bakri
37)  Muhammad al-Dinuriy
38)  Mamsyad al-Dinuriy
39)  Junaid al-Bagdadiy
40)  Sari al-Saqothi
41)  Ma’ruf al-Karkhi
42)  Daud al-Tho’iy
43)  Habib al-‘Ajami
44)  Al-Hasan al-Bashri
45)  Sayyidina Ali bin Abi Tholib
46)  Sayyidina Muhammad saw

 Demikian juga guru KH Munawwar albanjari mendapatkannya dari:

1)    ayahnya KH Ahmad Gozali al-Banjari, 
2) Al-Syekh Ahmad Syarwani Zuhri al_Banjari, dan 
3) al-Syekh Muhammad Abror Dahlan al-Banjari, yang kesemuanya mengambilnya dari: al-Syekh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Makki, dari al-Syekh Ali bin Abdullah al-Banjari, dari  al-Syekh Zainuddin bin Badawi al-Sumbawi dari al-Syekh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani, dari al-Syekh Syihabuddin al-Banjari, dari al-Syekh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dari al-Syekh Muhammad Samman al-Madaniy

Semoga dengan berkah Rasulullah dan ini ahli silsilah, Allah Ta’ala mengumpulkan kita semua didalam golongan orang-orang soleh dan diberi husnul khatimah, amin.
http://www.raubin.org/2013/12/sanad-kepada-tuan-syekh-muhammad-bin.html


  • Menteri Agama Suryadharma Ali menghadiri acara haul XX Fadhilatus Syaikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al Fadani Al Makki dan haul VII Fadhilatus Syaikh KH.Abdul Hamid Abdul Halim Addary, di Cipete, Jakarta, Ahad (17/01) malam.http://www.kemenag.go.id/index.php?a=foto&id=13699


Tulisan ini adalah merupakan cuplikan daripada tulisan al-Fadhil Ustaz Mohd. Khafidz bin Soroni di blog beliau yang bernama Sawanih wa Khawathir.
Biografi Penyusun: Penyusun kitab ialah Syeikh Abu al-Khayr Muhammad Sa‘id ibn Muhammad Sunbul al-Qurasyi al-Makki al-Syafi‘i. Beliau berasal daripada Mekah, dan merupakan salah seorang ulama besar mazhab Syafi’i di Mekah. Beliau pernah menjawat tugas bagi hal-ehwal fatwa dan pengajaran bagi mazhab Syafi’i di Masjidil Haram. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya. Antara tulisan buah tangannya selain kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah ialah kitab Isnad Muhammad Sa‘id, kitab Thabat dan lain-lain. Beliau telah meninggal dunia di Taif pada tahun 1175 H.
Murid: Di antara murid-muridnya yang terkenal ialah:
  • Anak beliau sendiri, Muhammad Thahir Sunbul (m.1218H),
  • Muhammad Sa‘id Safar al-Madani (m.1194H),
  • Syeikh Isma‘il bin ’Abdullah al-Naqsyabandi (m.1182H),
  • Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Madani (m.1192H),
  • Mustafa bin Muhammad al-Rahmati (m.1205H),
  • Muhammad al-Murtadha al-Zabidi, pensyarah Ihya’ ’Ulumiddin (m.1205H) dan lain-lain lagi.
(Lihat: Khayr al-Din al-Zirikli, al-A‘lam, j. 6, h. 140. Muhammad ‘Abd al-Hay ibn ‘Abd al-Kabir al-Kattani, Fihris al-Faharis wa al-Athbat wa Mu‘jam al-Ma‘ajim wa al-Musalsalat, j. 1, h. 100-102. Muhammad ‘Abd Allah Al Rasyid, Imdad al-Fattah bi Asanid wa Marwiyyat al-Syaykh ‘Abd al-Fattah. h. 588-589).
Latarbelakang Kitab: Kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah ialah sebuah kitab kecil yang menghimpunkan hadith-hadith pertama yang terdapat di dalam 43 buah kitab hadith, yang diriwayatkan oleh Syeikh Muhammad Sa‘id secara bersambung sanadnya sampai kepada penyusun-penyusun kitab berkenaan. Ini termasuklah al-Kutub al-Sittah, Sunan al-Darimi, Muwatta’ Malik, Musnad Imam Abu Hanifah, Musnad Imam al-Syafi’i, Musnad Imam Ahmad, Sunan al-Daraqutni, Sunan Sa’id bin Mansur, Musannaf Ibnu Abi Syaibah, Syarh al-Sunnah oleh al-Baghawi, Musnad al-Tayalisi dan lain-lain [1].
Tujuan kitab al-Awa’il seperti ini disusun ialah bagi memudahkan penyusunnya mengijazahkan kitab-kitab hadith yang diriwayatkan kepada murid-muridnya atau sesiapa sahaja yang ingin meminta ijazah daripadanya dan layak. Maka sesiapa yang meriwayatkan kitab al-Awa’il ini bermakna sanadnya bersambung secara langsung dengan penyusun-penyusun kitab hadith yang tersebut, seterusnya bersambung dengan Rasulullah SAW. Syeikh Muhammad Sa‘id telah meriwayatkan semua kitab-kitab tersebut daripada guru-gurunya, yang nama mereka seperti berikut: Syeikh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurani (juga guru Syah Waliyullah al-Dihlawi), Syeikh ‘Id ibn ‘Ali al-Azhari (murid Syeikh ’Abdullah bin Salim al-Basri), Syeikh Ahmad al-Nakhli al-Makki dan Syeikh ‘Umar ibn Ahmad ibn ‘Aqil al-Saqqaf. Beliau juga menambah kemudiannya beberapa hadith daripada beberapa kitab hadith lain yang hampir berjumlah 30 buah. Kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah ini masyhur digunakan di daerah Hijjaz dan juga benua kecil India sejak kurun ke-12 Hijrah. (Muhammad ‘Abd al-Hay ibn ‘Abd al-Kabir al-Kattani, ibid., j. 1, h. 100-101) [2]
Sanad Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani: Kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah ini telah menerima tumpuan daripada ramai ahli ilmu dan para pencari sanad. Ini dapat dilihat sebagai contohnya di dalam sanad Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani (foto kanan), di mana beliau telah meriwayatkan kitab ini daripada hampir 40 orang syeikh yang dihimpunkan kesemua sanad mereka di dalam risalah kecil berjudul : (النفحة المسكية في الأسانيد المتصلة بالأوائل السنبلية). Jumlah keseluruhan perawi yang terdapat di dalam risalah ini adalah sekitar 190 orang, iaitu antara murid-murid Syeikh Muhammad Sa‘id Sunbul sehingga guru-guru Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. رحمهم الله تعالى Kebanyakan mereka terdiri daripada alim ulama besar yang berasal dari berbagai tempat seperti Hijjaz, Syria, Mesir, Maghribi, Yaman, India, dan juga Nusantara.
Tahkik Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah: Kitab ini telah menerima perhatian daripada ramai ahli ilmu. Ada yang memberi huraian terhadapnya seperti Syeikh Ahmad ibn ‘Uthman al-‘Attar, dan ada juga yang mentahkik isi kandungannya, antaranya ialah Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (foto kanan). Beliau telah meriwayatkan kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah ini melalui rantaian sanad keluarga Sunbul, iaitu daripada Umm Tahir ‘A’isyah Sunbul (m. 1415H), daripada bapanya Syeikh Muhammad Tahir Sunbul (m. 1343H) (foto atas, tengah), daripada bapanya ‘Umar Sunbul, daripada bapanya ‘Abd al-Muhsin Sunbul (m. 1266H), daripada bapanya Muhammad Tahir Sunbul (m. 1218H), daripada bapanya Syeikh Muhammad Sa‘id Sunbul, penyusun kitab tersebut. (Muhammad ‘Abd Allah Al Rasyid (1999), op.cit., h. 589)
Kitab ini sebenarnya sudah dicetak banyak kali, namun edisi yang ditahkik oleh Syeikh ‘Abd al-Fattah ini agak berbeza dengan edisi-edisi cetakan yang lainnya kerana beliau turut melampirkan beberapa tambahan yang dibuat oleh penyusunnya sendiri yang belum pernah dicetak sebelumnya.
Contoh Manuskrip Kitab Awail al-Sunbuliyyah
Sanad al-Faqir (al-Fadhil Ustaz Mohd. Khafidz bin Soroni): Alhamdulillah, saya telah meriwayatkan kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah ini daripada guru kami, al-’Allamah al-Muhaddith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh, yang meriwayatkannya daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani (foto kanan dan di bawah adalah contoh sanad kitab Awail al-Sunbuliyyah yang Syeikh Yasin al-Fadani riwayatkan dari syeikh-syeikh beliau sepertimana yang disebut diatas – abu zahrah). Namun beliau tidak menyebut kesemua sanad Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, dan hanya menyebut jalur riwayatnya daripada Sayyid Zaki bin Ahmad al-Barzanji al-Madani, daripada bapanya al-Mufti Sayyid Ahmad bin Isma’il al-Barzanji, daripadanya bapanya Sayyid Isma’il bin Muhammad al-Hadi al-Barzanji, daripada Syeikh Khalid bin Hasan al-Kurdi, daripada Syeikh Muhammad bin ’Abdur Rahman al-Kazbari, daripada Syeikh Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Madani, daripada penyusunnya sendiri Syeikh Muhammad Sa‘id Sunbul. [3] حمهم الله تعالى جميعا.
Pesanan penulis (al-Fadhil Ustaz Mohd. Khafidz bin Soroni): Dilarang menerbit semula kecuali dengan izin penulis, atau memberi kredit kepada penulis demi amanah ilmiah.
***************
Nota tambahan oleh al-Fagir Abu Zahrah:
[1] – Kitab-kitab tersebut adalah: Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan at-Tirmidhi, Sunan an-Nasai, Sunan Ibn Majah, Musnad ad-Darimi, Muwattho` Malik, Muwattho’ Muhammad al-Hasan, Jaami` Masanid Abi Hanifah, Musnad al-Imam asy-Syafie, Sunan al-Imam asy-Syafie, Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal, Kitab al-Aasar li Muhammad al-Hasan, Sunan ad-Daraqutni, al-Mustakhraj ‘ala Shahih Muslim lil Haafidz Nu’aim, Sunan Abu Muslim al-Kasyi, Sunan Said bin Manshur, Mushannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab Syarh as-Sunnah oleh al-Baghwi, al-Mashobih oleh al-Baghwi, Musnad at-Thoyaalisi, Musnad ‘Abdu ibn Humaid – al-Muntakhab, Musnad al-Haarits ibn Abi Usamah, Musnad al-Bazaar, Musnad abi Ya’la al-Maushuli, Kitab az-Zuhd wa al-Riqaaq – al-Haafidz Ibn al-Mubaarak, Nawaadir al-Ushuul – al-Hakiim at-Tirmidhi, Kitab ad-Du’a – ath-Thabarani, Iqtidha` al-Ilm al-Amal – Khatib al-Baghdadi, Kitan Tarikh al-Rijaal – Yahya ibn Ma’in, Mushannaf ‘Abdur Razzaq al-Shon’ani, as-Sunan as-Shogra` – al-Baihaqi, as-Sunan al-Kubra` – al-Baihaqi, al-Mustakhraj ‘ala Shahih Muslim – Abi ‘Awanah, Shahih Ibn Hibban, Shahih al-Haakim @ al-Mustadrak, Shahih Ibn Khuzaimah, Shahih Abi Bakar al-Ismaa’iiliy, Kitab ‘amal al-Yaum wa al-Lailah – Ibn as-Sunni dan Jam’u al-Fawaaid min Jaami’ al-Ushuul wa Majma’ al-Zawaaid – Muhammad bin Sulaiman.
[2] – Telah menjadi tradisi di Makkah al Mukarramah suatu masa dahulu, kitab ini dibaca dan mula-mula diijazahkan sebelum pembacaan dan pengijazahan kitab-kitab yang lain.
[3] – Dengan limpahan rahmatNYA, al-Fagir juga memperolehi sanad kitab yang masyhur ini daripada Guru Mulia, Syeikh Muhammad Nuruddin bin Marbu bin ‘Abdullah al-Banjari al-Makki dan juga daripada al-‘Allamah al-Muhaddits Syeikh Mahmud Said Mamduh. AlhamduliLlah.

Welcome

Allahumma nawwir bilkitaabi nashoriy. Wa syrahliy bihi shadriy. wasta'mil bihi badaniy. wa yasirliy bihi amriy. wa athliq bihi lisaaniy. wa qawwi bihi janaaniy. wa asri' bihi fahmiy. wa farrij bihi karbiy. wa qawwi bihi a'zmiy. wa nawwir bihi qalbiy. warzuqniy tilawatal qur'ani wa hifzhohu wa hifzho ashnaafil i'lmi. wa tsabbitha fi qalbiy. wakrimniy bianwaa'il khairati bihaulika wa quwwa tika. fainnahu laa haula wa laa quwwata illa billahil a'liyyil a'zhiymi.

Ya Allah, terangilah penglihatanku dengan kitab-Mu. Lapangkanlah dadaku dengannya. Bugarkanlah badanku dengan membacanya. Permudahlah urusanku karenannya. Lancarkanlah lisanku untuk membacanya. Kuatkanlah jiwaku dengannya. Percepatlah pemahamanku tentangnya. Hilangkanlah kesedihanku dengan bacaannya. Kuatkanlah tekadku dengannya. Terangilah hatiku karenanya. Berilahlah aku kemampuan membaca dan menghafal Al-qur'an, serta menguasai berbagai ilmu (yang terkandung di dalamnya). Tetapkanlah semua itu dalam hatiku. Dan muliakanlah aku dengan berbagai kebaikan dengan daya dan kekuatan-Mu. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Entri Populer

Recent Posts

Diberdayakan oleh Blogger.